watch sexy videos at nza-vids!
Dakwah Kepada Syahadat " La Ilaha Ill Allah"


Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah: "inilah jalan (agama) ku, aku dan orang orang yang mengikutiku, aku berda'wah kepada Allah dengan hujjah yang nyata, maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang orang yang musyrik.” (QS. Yusuf, 108)

Ibnu Abbas r.a. berkata: ketika Rasulullah s.a.w. mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman beliau bersabda kepadanya:
"Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat La Ilaha Illallah - dalam riwayat yang lain disebutkan "supaya mereka mentauhidkan Allah"-, jika mereka mematuhi apa yang kamu da'wahkan, maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka sholat lima waktu dalam sehari semalam, jika mereka telah mematuhi apa yang telah kamu sampaikan, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat, yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan pada orang-orang yang fakir. Dan jika mereka telah mematuhi apa yang kamu sampaikan, maka jauhkanlah dirimu dari harta pilihan mereka, dan takutlah kamu dari doanya orang orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tidak ada tabir penghalang antara doanya dan Allah" (HR. Bukhori dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'd r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. disaat perang khaibar bersabda:
"Sungguh akan aku serahkan bendera (komando perang) ini besok pagi kepada orang yang mencintai Allah dan RasulNya, dan dia dicintai oleh Allah dan RasulNya, Allah akan memberikan kemenangan dengan sebab kedua tangannya", maka semalam suntuk para sahabat memperbincangkan siapakah diantara mereka yang akan diserahi bendera itu, di pagi harinya mereka mendatangi Rasulullah s.a.w.,. masing masing berharap agar ia yang diserahi bendera tersebut, maka saat itu Rasul bertanya: "di mana Ali bin Abi Tholib?, mereka menjawab: dia sedang sakit pada kedua matanya, kemudian mereka mengutus orang untuk memanggilnya, dan datanglah ia, kemudian Rasul meludahi kedua matanya, seketika itu dia sembuh seperti tidak pernah terkena penyakit, kemudian Rasul menyerahkan bendera itu kepadanya dan bersabda: "melangkahlah engkau kedepan dengan tenang hingga engkau sampai ditempat mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam Ajaklah mereka kepada Islam, iaitu kepada pengertian yang sebenarnya dari kedua kalimat syahadat, iaitu : berserah diri kepada Allah, lahir dan batin, dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, yang disampaikan melalui RasulNya. , dan sampaikanlah kepada mereka akan hak hak Allah dalam Islam, maka demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu itu lebih baik dari unta-unta yang merah"
unta unta merah adalah harta kekayaan yang sangat berharga dan menjadi kebanggaan orang arab pada masa itu.

Kandungan bab ini:
1- Dakwah kepada " La Ilaha Illallah" adalah jalannya orang orang yang setia mengikuti Rasulullah s.a.w..

2- Peringatan akan pentingnya ikhlas [dalam berdakwah semata mata kerana Allah], sebab kebanyakan orang kalau mengajak kepada kebenaran, justeru mereka mengajak kepada [kepentingan] dirinya sendiri.

3- Mengerti betul akan apa yang didakwahkan adalah termasuk kewajipan.

4- Termasuk bukti kebaikan tauhid, bahawa tauhid itu mengagungkan Allah.

5- Bukti kejelekan syirik, bahawa syirik itu merendahkan Allah.

6- Termasuk hal yang sangat penting adalah menjauhkan orang Islam dari lingkungan orang orang musyrik, agar tidak menjadi seperti mereka, walaupun dia belum melakukan perbuatan syirik.

Next>>


back to index