watch sexy videos at nza-vids!

Meminta Perlindungan Kepada Selain Allah Adalah Syirik


Firman Allah s.w.t.:
“Bahawa ada beberapa orang laki-laki dari manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, maka jin-jin itu hanya menambah dosa dan kesalahan” (QS. Al jin, 6).

Khaulah binti Hakim menuturkan: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia berdo'a: (aku berlindung dengan kalam Allah yang maha sempurna dari kejahatan semua mahluk yang Ia ciptakan) maka tidak ada sesuatupun yang membahayakan dirinya sampai dia beranjak dari tempatnya itu" (HR. Muslim).

Kandungan bab ini:
1- Penjelasan tentang maksud ayat yang ada dalam surah Al Jin [Dalam ayat ini Allah s.w.t. memberitahukan bahawa ada di antara manusia yang meminta perlindungan kepada jin agar merasa aman dari apa yang mereka khuwatirkan, akan tetapi jin itu justru menambah dosa dan rasa khuwatir bagi mereka, kerana mereka tidak meminta perlindungan kepada Allah. Dengan demikian, ayat ini menunjukkan bahawa isti'adzah (meminta perlindungan) kepada selain Allah adalah termasuk syirik dan terlarang.] .

2- Meminta perlindungan kepada selain Allah (jin) adalah syirik.

3- Hadis tersebut di atas, sebagaimana disimpulkan oleh para ulama, merupakan dalil bahawa kalam Allah itu bukan makhluk, kerana minta perlindungan kepada makhluk itu syirik.

4- Keutamaan doa ini walaupun sangat singkat.

5- Sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dunia, baik dengan menolak kejahatan atau mendatangkan keberuntungan tidak bererti sesuatu itu tidak termasuk syirik.

back